Posted in rumah tuk

Sejarah Kodiang Pt 2

Sejarah

Sebutan mengikut dialek tempatan: [kok diang]. Perkataan Kok Diang adalah asal dari loghat bahasa Siam yang bermaksud ‘bukit merah’. Asal Kodiang ialah di Kampung Kodiang Lama terletak 1 km dari Simpang Empat Pekan Kodiang melalui jalan ke Jitra. Di Kodiang Lama inilah sebuah kampung yang berdekatan dengan Bukit Keplu dan Gua Kerbau, di sinilah yang dimaksudkan dengan bukit merah, di mana ketika musim kemarau, dapat dilihat bukit ini akan bertukar warna menjadi ke’merah’an kerana daun pokok yang terdapat di bukit bertukar menjadi merah dan kering.Bukit Keplu juga diambil dari Bahasa Siam, yang membawa maksud Bukit Sireh (Kok Plu)

Masyarakat di sini kebanyakannya tergolong dari bangsa Melayu Islam. Masyarakat Melayu Kodiang menjalankan aktiviti pertanian sebagai sumber ekonomi mereka. Kebanyakan daripada mereka adalah pesawah padi dan penoreh getah. Kedai perniagaan dan Lorong Belakang Masjid didiami bangsa Hokkien dan Etnik Cina yang lain. Tidak terdapat penduduk asal dan lama yang menetap disini dari bangsa lain iaitu Siam atau India. Bangsa India hanya sebagai pekerja JKR atau Klinik Kesihatan. Bangsa Siam kebanyakan menetap di Padang Sera kerana di sana terdapat Watt Siam yang besar selain dari di Jejawi Perlis dan Watt yang kecil di Jalan Changloon dan Padang Sera.

Pekan Kodiang di masa era 70-an dan 80-an terkenal dengan pasembor. Terdapat 3 penjual pasembor utama iaitu Kedai Mamak Hussain (berpindah ke perkarangan masjid jamek kodiang dan sekarang diwarasi oleh menantu arwah Hussain), Gerai Abd Majid di simpang ke Sanglang (berpindah ke bangunan sebelah RMTEAM) dan Kedai Ghani di Medan Mara Stesen bas (Sudah berpindah di kg kubang beruang). Manakala kedai buku utama di Pekan Kodiang ini ialah Toko Buku Othman, dahulu di kaki lima inilah terdapat penjaja roda tiga menjual apom balik, air minuman sejuk dan air tebu yang diusahakan oleh Wan Mahmud dan anaknya Wan Md Zamri. Terdapat juga gerai Bihun Sup Halim Beca yang terkenal dengan bihun yang bewarna kuning. Pengusaha air tebu yang dikenali di Pekan Kodiang ialah Hassan Air Tebu atau lebih dikenali dengan panggilan Che Chan

Pekan Kodiang Ketika Ini
Pada ketika ini kerja-kerja pelebaran jalan sedang dijalankan dari 2 lorong kepada 4 lorong.Lebuhraya Alor Setar ke Kangar melalui Anak Bukit, Kepala Batas {Lapangan Terbang(AOR/WMKA)} , Jitra , Tunjang , Padang Sera, Kodiang , Arau , Jejawi dan Kangar. Kerja-kerja fasa terakhir ialah dari Tunjang,Kedah ke Arau,Perlis sudah hampir siap sepenuhnya hanya sedikit pengubahsuaian akan dilakukan pada pusingan U.Terdapat kedai-kedai dan warung di pekan Kodiang telah dirobohkan untuk memberi ruang pada kerja-kerja pelebaran jalan. Antara kedai yang telah berubah ialah deretan kedai Toko buku Othman (berpindah di sebelah kedai baiki basikal jalan arau) dan kedai makan Adnan, kedai makan Mydin(sekarang berniaga di perkarangan masjid jamek kodiang dengan menggunakan kenderaan tut-tut) termasuk juga telah dirobohkan dan lain-lain kedai berubah tempat ke stesyen bas iaitu jalan ke Changloon. Bank Maybank dan Tabung Haji sekarang ini berhampiran dengan bahu jalanraya, ruang letak kereta telah digunakan untuk kerja-kerja pelebaran jalan ini.

Kerja-Kerja pelebaran jalan bagi Pekan Kodiang dan sekitarnya telah hampir siap sepenuhnya. Malangnya jalan empat lorong dari Arau ke Kodiang terbengkalai kerana peningkatan kos bahan dan kos lain-lainnya. Kerja-kerja pelebaran jalan terbengkalai buat masa ini. Perhentian Bas Kodiang telah ditingkatkan pasarananya dengan pembinaan kedai dua tingkat di kawasan perhentian bas amat bersesuaian dengan perubahan pekan-pekan atau bandar sekitarnya seperti Bandar Jitra,Changloon dan Arau. Dahulunya bandar Changloon hanya setaraf seperti Kodiang tetapi bandar Changloon telah pesat membangun pasarananya menyamai Bandar Jitra. Pekan Kodiang lebih baik pasarana berbanding dengan pekan Padang Sera , Tunjang dan Sanglang di Daerah Kubang Pasu ini.

Sebuah Kolej Universiti (Teknologi dan Pertanian) akan dibina di dataran Bukit Keplu dan Gua Kerbau dan masih diperingkat cadangan.

p/s: patut la depa duk tarah bukit2 kat sini la…hmm boleh dak tarah sket2 ja jgn byk2..boleh dakkkkkkkk?

Advertisements
Posted in 1

Penang day out

heh, unplanned! i went to Penang last Saturday morning, over night at kak iza’s house at Gelugor before fetched by Yunee the next morning for Photo Hunter session with FMDC. Ramai jugak shooter turun rasanya ada 30 orang lebey. theme adelah Penang Heritage. tapi aku byk shoot street photo je..wek!:p

Posted in 1

u commit when u said YES!

salam, being a lecturer isnt easy man. yeap. next week we gonna start new semester and classes yet our preparation just 40% done, perhaps? i guess? err….

here goes:
1. audio design notes
2. visual studies notes
3. heck i need to teach polibriged again this sem. so plan for the project earlier ok?:D was thinking about buat social service? like kluar dr poli cari orang tua nak lintas jalan n tolong lintas jalan ke? atau pegi cari mana2 umah org2 tua yang perlukan khidmat bersihkan rumah or what so ever? oh i bet it must be fun kan?:D
4. plan trip for audio design class and outing for visual studies class maybe pegi jalan somewhere outside poli duduk2 n visualize piece of artwork? why not kan?:D
4. annual report as usual. *straight face*
5. PIN buletin
6. client’s album

Jun, gambatte ne!

Posted in rumah tuk

Tokwan

Salam,

Dua hari lepas aku ada borak2 ngn Tokwan. Jarang2 aku borak ngn tokwan lama2 camtu..slalunya dia tanya aku jawab, atau aku tanya tokwan jawab.

Tokwan ckp kenapa orang sekarang asyik ckp susah walhal ada kereta, ada gaji ribu riban masuk every month. Tokwan cakap zaman dulu dr kodiang pi padang besar naik basikal saja, pegi kuala perlis dr kodiang jalan kaki. awal2 pagi lepas subuh dah kluar, bila matahari pacak atas kepala dah sampai. orang zaman dulu pun takde kasut clarks, hush puppies umah Tokwan skang ni pun tak macam dulu, sgt besar bezanya dari awal2 Tokwan mula2 buat dulu. satu yang aku kagum ngn tokwan..dia buat rumah yang aku duduk skang ni sendiri hasil kudrat tokwan. rumah yang besar dan luas even ada satu bilik saja ni yang byk menjadi tempat teduh aku dan keluarga bahkan orang2 Cambodia(kemboja) yang datang kerja kat malaysia ni.

Tokwan ckp dulu umah asal hanya sebesar dapur yang ada skang ni, tapi tokwan simpan duit sket2 hasil duit padi baru dpt buat rumah sket2 sampai lah yang ada sekarang ni. Walaupun umah tokwan bukan la ada ukiran2 cam kat melaka atau tempat2 lain. tapi hasil kudrat tokwan mmg nampak kesungguhan. sampai skang katil yang aku tido hari2 pun tokwan yang buat. balik pada cerita umah, dr sebesar dapor skang tokwan tambah rumah atas, then bawah umah masih kosong sampai bila duit cukup baru sambung buat rumah bawah. sbb tu kalau tgk dlm umah tokwan ada banyak tiang tgh2 umah…ada 4 tiang kat living hall, which is dulu2 aku slalu main panjat2 kat tiang tu..pelik pulak kenapa adik2 aku skang tak berminat pun nak main tiang tu panjat2..ya..sbb adik2 aku skang hanya reti angkat mknan sebelum basi kat Cafe World. uhhuhu.

Tokwan cakap lagi,”gaji milah berapa?” dia ckp dapat ribu2 setiap bulan, dia cuma dapat RM3k setiap tahun sekali saja bila tuai padi. tapi kali ni padi rosak jadi merah2 sbb tokwan tersalah letak racun rumpai, means hasil padi akan kurang. walau macam tu hari2 tokwan ulang alik pi “batas belakang” tengok padi dia. setiap petang ngan basikal. sebelum nih aku tengok tukwan naik basikal tapi tak kayuh sbb lutut sakit. dia jalan atas basikal je.(err, i dont know how to explain it in words) tapi baru2 ni aku tgk tokwan dah bole kayuh pulak basikal tu. rupanya2 doktor cakap walaupun orang tua2 lutut sakit, tapi kaki kena gerakkan2 jugak supaya tak terus melarat. tapi lutut tokwan mmg bergantung pada ubat yet dia kadang2 sakit jugak lutut. but what i can obviously see is tokwan tak penah panah smangat. he keep doing and doing and trying and trying until he make it. I adore orang zaman2 dulu memang sangat kental jiwa dan semangat mereka.

Thus, lately tokwan slalu merungut jugak kadang2. pagi tadi tokwan merungut kata hidup dah sangat hujung2, setiap hari kubur kata mari, dia ckp tatau la Tuhan dah ampunkan dosa atau belom.

Aku nampak tokwan dah kurus tak macam dulu masih sihat, tok pun bukan macam dulu lagi. aku nampak tok dan tokwan menghitung hari menghabiskan sisa2 umur jika masih ada. walaupun pada usia aku rasa tak terlalu tua, tapi pada kudrat yang aku nampak, tok ngn tokwan saja yang rasa.

Aku, slagi masih ada kat sini, aku harap dapat berbakti balik pada tok ngn tokwan. mak ckp dulu masa kecik2 tokwan banyak jaga aku, dukung aku, tok pun sama. aku nak jadi yang terbaik utk tok ngn tokwan slagi masa masih ada.

nih lah rumah yang tukwan buat dengan kudrat tenaga sendiri dan dengan pertolongan beberapa orang kawan yang mengandungi 1 juta kenangan bagi yang pernah menapakkan kaki disini..28 tahun kehidupan aku disini akan dikenang selagi hayat dikandung badan….

Posted in wedding photography

life through the times..

Salam,

im not updating quite a long time, yep i know that. I just dont have any appetite to write even there were so much things happened in my life during past few times before 2010.

Back to year 2009,
29hb November 2009 – I went for Jo and Yus wedding at Kuala Nerang.
4 and 5 Dec 09- Hiring shooter to shoot Jamie’s Wed
12 Dec 09 – Went for Amnan’s Wedding in KL
(and during this time I lost my External Flash Canon 580ex II)
26 Dec 09 – Went for Amalina’s Wedding in Kuala Nerang
27 Dec 09 – Went for Watie’s Engagement day in Pantai Johor
3 January 2010 – Went for Fatihah’s ENgagement day in Melaka

COMING
23 January 2010 – Hafisoh Wedding Day

p/s : dear You, i feel empty in my heart and i do know why…but please come to me and take my hand..