Posted in rumah tuk

Tunaikan hajat tetamu

salam,

pagi tadi masa tgh sapu sampah, tetiba ada sorang tukwan(orang tua berserban) dtg ke rumah.

“wan ada orang mai” aku kata.

“mana?” tukwan tanya balik sambil kepala kalih ke belakang.

aku nampak tukwan tu dah depan pintu sambil bagi salam. “assalamualaikum”, ucap tukwan tu.

tukwan aku tanya mintak sedekah ka? datang dr mana?
dia ckp ya, mintak sedekah sekupang pun boleh, berapa yang nak bagi, tukwan aku panggil masuk dulu.

masa duduk2 sambil minum ayaq, tukwan tu ckp dia dr pattani. tukwan aku ckp adik dia pun ada di pattani kawin dengan orang sana.

Tukwan tu kata dia mai amik zakat disini tapi masa dia tertido kat masjid duit dia hilang kena curi. dia cerita masa pegi satu rumah tu dia kena halau ngn tuan rumah.

tukwan aku ckp kalau orang dtg kita kena tunaikan hajat.

Advertisements