al kisah kawaq

Salam,

penah dengaq kawaq dak? tau dak apa tu kawaq? kawaq tu bahasa kedah yang bermaksud penyangak atau pencuri..huuu..alkisah sehari sebelum my engagement day aku masih di kodiang. kemas umah, siapkan keje2 sume before balik ke alor setar dan sambung buat engagement preparation.

seharian keje dah penat, aku tidoq awai la mlm tu..dlm kol 9.30 camtu dah masuk kelambu..sama la tuk ngn wan.

sedaq2 tgh mlm tu pakcik jiran aku panggey. masa tu aku tgk dah pukul 12.36 minit pagi dah. dia kata “sapa duk bukak pintu umah dengaq bunyi pintu”. aku ngn tuk tak dengaq apa pun kayu jatuh ka pintu kena kopak ka..pakcik jiran kata ada kawaq nak masuk umah…tapi tuk ngn aku smabung lena sampai esok pagi dengan doa Tuhan melindungi kami semua.

The next morning tuk jalan2 keliling umah tadak pulak apa kayu atau benda2 lain yg nampak pelik keliling umah. sebelum aku balik petang tu…aku cari ridsect..tapi dah tinggai saki baki ja isi dlm pun. aku bagi kat tuk..aku kata ..aku nak balik aloq staq dah..kalau kawaq masuk malam ni..semboq muka kawaq tu dengan ridsect nih…

alhamdulillah tadak apa jadi kat umah aku sampai harini,,tapi cu aku dtg cerita malam kawaq tu tak dpt masuk umah kami dia pi masuk kedai kat kampung mana tah ngn umah mak cik nab majid. hoohoh..

so petang smlm aku pi pasar raya di kodiang, beli garam dan tidak dilupakan RIDSECT baru…kalau kawaq masuk..nanti aku try semboq muka dia ngn ridsect baru ni 🙂 sekian..