aku dah tak ada tuk dan tukwan…

Assalamualaikum wbt,

Tuk aku..Hajah Zaharah Binti Lebai Safar dah 8 bulan meninggalkan aku (sama dengan umur faqih dlm perut nih..)..kembali ke rahmatullah pada 27 July 2011(3 hari sebelum puasa)..Tuk ada penyakit jantung. Sepanjang hayat tuk..bila aku sakit…tuk akan picit2 kaki tangan aku,.jelum kepala..selimut bila time aku sejuk..even sampai aku dah keja di poli pun tuk masih buat macam tu bila aku sakit atau demam..bila skang tuk x ada..dan aku demam..aku sgt2 rindu pada tuk..kadang2 sampai menangis2 sbb rindu kat tuk…

tuk..semoga Tuk sentiasa berada dlm rahmat Allah, ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh..dan ditempatkan disyurga..Amin..

Tuk..aku ingat lagi dulu kecik2 masa umo 6 tahun camtu, tuk slalu bawak aku pi surau kat surau Pak Sheikh jalan kaki..pukul 6.30 petang camtu dh jalan dengan Tuk Teh n Tuk Ngah ..ti mlm balik pukul 9.30 lepas dengar Pak Sheikh baca kitab dan lepas solat isyak…kalau aku x larat jalan nanti aku ikut tukwan balik naik basikal..sbb tukwan pi dengan basikal tua kaler merah tu…basikal tu ada lampu..kalau aku naik basikal tu nanti aku lambai2 tuk dr belakang sbb aku balik dulu naik beskal..

Tuk…tukwan(Hj. Khamis Bin Man) pun dh xdak..Tukwan pi jumpa Tuk pagi Jumaat 23 March 2012 (3 hari sebelum 1st wedding anniversary aku) haritu…walaupun Tuk n Tukwan dah tadak..tapi kenangan, kebaikan dan kebajikan yg Tuk n Tukwan buat akan kami kenang sampai mati..semoga Allah saja yang memberikan sebesar2 pahala dan ganjaran yang sebaik-baiknya2 kepada Tuk dan Tukwan…

Sesungguhnya banyak pengajaran dan teladan yang boleh aku jadikan contoh betapa bila amalan dan kebajikan kita yang banyak atas dunia nih Tuhan tunjuk di mukabumi lagi..biarlah fitnah yang org kata..biarlah buruk saja yang org nampak…tapi Allaah saja yang Maha Pemberi Balasan kepada kita semua.. betapa banyak kebajikan yang Tukwan dan Tuk buat semasa hidup..hingga Allah permudahkan perjalanan Tukwan ke sana..

Walaupun Tukwan pun dah x ada…aku redha..Tukwan ‘balik’ di hari Jumaat..beruntunglah Tukwan disana..kami yang masih disini taktau macam mana habuan masing2 nanti..

Semoga contoh yang tukwan tinggalkan pada kami disini x kami lupakan..akan cuba kami amalkan apa yang Tukwan buat disini utk bekalan disana..

1. masa hayat tukwan…tukwan banyak menyara anak2 yang mengaji bidang agama..abg suzie kat sudan, abg kie kat mesir, kak fatimah kemboja kat derang dll..

2. aku juga baru tau yang tukwan mewakafkan telaga utk budak2 amik air sembahyang kat maahad islamiah Derang

3. tukwan jarang2 merungut semasa hayat nya..

4. tuk juga masa hidup setiap mlm sebelum tidur selalu baca al-fatihah dengan 3 qul..

5. tuk n tukwan slalu solat jemaah bersama2..dan itulah juga yang tuk suruh aku buat bila aku dah kahwin..

6. tukwan n tuk sgt bersederhana dalam menjaga pemakanan..pagi2 breakfast tuk n tukwan cukup dengan minum kopi dengan biskut atau kuih, kadang2 ada juga mkn roti canai..tapi jarang-jarang mkn nasi..tghari lepas solat zuhur jemaah tuk n tukwan akan mkn tghari, cukup dengan masakan kampung yang sederhana..dan mkn mlm selepas solat isyak jemaah..

7. antara maghrib dan isyak adalah waktu tukwan membaca yassin setiap hari..

8. paling penting, tuk dan tukwan balik ke sana dalam keadaan yang bersih dari hutang……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s