Posted in rumah tuk

Tuk Chu in memories..

Assalamualaikum wbt,

Entry nih aku buat khas untuk Tuk Chu yang dah lama x jumpa tanpa berita…

Tuk Chu nih asal dr Patani, Selatan Thai. Asal ceritanya seingat aku yang pernah tuk cerita dulu, bermula zaman muda2 tuk dan tukwan masih kuat membanting tulang menanam padi dengan kudrat tenaga manusia..masa tu Tuk Chu slalu masuk ke Malaysia untuk amik upah menanam padi..(actually mmg famous di kawasan utara nih bila musim menanam ada setgh2 petani yang prefer amik orang dr Patani untuk diberi upah tanam padi..), so salah satu tempat Tukchu amik upah tanam padi adalah kat bendang tokwan..slalunya nak tanam padi nih amik masa berhari2…dan Tukchu stay kat umah tuk since bendang cuma belakang rumah saja..sejak tu Tuk dan Tukchu berkawan baik..hinggakan setiap tahun mesti Tukchu datang rumah..Tuk Chu lah yang jaga aku dengan abang mie selain Tuk n Tukwan..Tuk Chu akan suap mkn masa kami kecik2…aku suka makan nasi yang Tuk Chu suap sbb Tuk Chu akan kepal2 nasi dengan ikan dan suap dlam mulut aku…

Tuk kata, Tuk Chu tinggal kat Pondok Tok Ayah Der kat Selatan Thai..early last year, ada orang Patani, Abdullah yang kadang2 datang ke rumah Tukwan ada bagi no telefon kalau2 aku nak masuk ke Selatan Thai, tapi Allah dah takdirkan kertas no telefon tu hilang dalam simpanan……..T_T

Last aku jumpa Tuk Chu lepas aku bertunang, selepas 1 tahun Tuk Chu x datang rumah…sampai aku termimpi2…semua orang pun tertanya2..no telefon xda nak dicontact dimana.. tetiba satu hari tahun 2010 di bulan November…TUK CHU DATANG KE RUMAH!!! terus aku peluk cium Tuk Chu, jatuh air mata..rindu aku kat Tuk Chu sampai termimpi2 terubat bila Tuk Chu datang..Tuk Chu janji nak datang lagi masa akad nikah aku bulan 3 tahun 2011, tapi sampai sekarang Tuk Chu x dtg..

Mak kata maybe Tuk Chu x sihat….mak kata nak pi cari Tuk Chu lepas aku abis berpantang nanti di Selatan Thai..nak ajak abg Kie masuk Selatan Thai..

Perihal Tuk Chu nih, masa muda2 dulu amik upah menanam padi…selain tu, Tuk Chu jugak amik upah mengurut orang, ,merata2..kadang mak bawak balik Alor Setar sbb di Alor Setar dapatlah Tuk Chu upah yang lebih banyak..tapi sebenarnya upah tu Tuk Chu amik dengan kadar ikhlas yang orang nak bagi..Tuk Chu jugak ada kemahiran junjung barang atas kepala tanpa pegang macam kita tgk orang kat Thailand slalu buat tu..

Sesungguhnya…aku saaaayang Tuk Chu sama macam aku sayang tuk n tukwan..aku doakan Tuk Chu sendiri berada dlm rahmat dan kasih sayang Allah..andainya Allah dah ambil Tuk Chu macam Allah amik Tuk dan Tukwan, aku doakan mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan ditempatkan di Syurga…Amin….

(sepatutnya entry nih dah sgt lama..tahun 2011 aku dah update entry nih..tapi x tahu kenapa beberapa tahun nih byk perkara yang berlaku tak terluah dengan perkataan..)

Advertisements

Author:

kembara mencari keampunan....

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s