Penyakit boleh dikawal dengan pengambilan ubat yang berterusan dari doctor tapi MESTI pilih cara kedua iaitu Penjagaan Makanan:
PENJAGAAN MAKANAN
- 1. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam ( sodium klorida) dan sodium perlu dihadkan untuk mengawal penyakit darah tinggi.
- Pengambilan sodium dihadkan kepada 2400mg sodium sehari bersamaan 1 sudu teh garam sehari.Penggunaan garam dan makanan yang tinggi garam dalam masakan dan semasa makan perlu dikurangkan
- Gunakan perencah asli dalam masakan seperti rempah-ratus,herba,serai,jus limau,cili dan lain-lain untuk menggantikan perasa makanan seperti MSG
- Makan makanan segar. Elakkan makanan yang telah diproses , diawet atau ditinkan
- Pastikan label makanan dibaca bagi mengetahui kandungan garam dalam makanan tersebut dan pilih makanan mengandungi rendah garam( low sodium)atau tanpa garam ( unsalted)
- Makanan yang tinggi kandungan sodium juga perlu dihadkan. Contoh makanan tinggi sodium.
MAKANAN TINGGI SODIUM |
|||
Perisa Makanan | Makanan dikeringkan | Makanan proses dan makanan tin
|
Lain-lain |
Garam
Kicap Sambal belacan, cencaluk, tempoyak Semua jeni sos ( sos tiram,cili, tomato,ikan,BBQ) MSG Kiub/Stok masakan Tauchu Perencah segera Krim salad mayonis |
Ikan kering/ udang kering/sotong kering
Ikan bilis Jeruk masin Telur Masin Sayuran jeruk/masin Daging salai |
Sayuran dalam tin- kacang panggang, peas,jagung
Daging/sotong/ayam dalam tin Sardin,tuna dalam tin Sup dalam tin/sup segera Sausage,nugget,burger Bebola ikan,kek ikan |
Keropok ikan/udang
Pelbagai makanan kudapan/ringan Mee segera/mee suah Papadum Maruku Keju Makanan segera Pati daging Kacang bergaram |
- 2. Kurangkan Makanan yang mengandungi lemak tepu dan kolesterol tinggi
- Elakkan makanan yang tinggi kolesterol, contoh organ dalaman,(otak,hati,hempedal,usus,buah pinggang,jantung),kuning telur( 1-2minggu), telur ikan
- Hadkan pengambilan makanan laut( udang, ketam,sotong, kerang dan siput)
- Pilihlah susu dan hasil tenusu yang rendah lemak atau tanpa lemak ( 2-3 hidangan sehari)
- Elakkan makanan tinggi lemak tepu, contoh minyak kelapa, santan, mentega, minyak sapi, lemak daging dan kulit ayam
- Lebihkan cara masakan rendah lemak seperti kukus,bakar, panggang,rebus,sup dan lain-lain serta kurangkan penggunaan minyak semasa memasak
- 3. Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat
- Seperti bijirin penuh ( roti berserat), oat, buah-buahan , sayur-sayuran dan kekacang. Sumber kaliuman magnesium yang boleh mengawal tekanan darah
4.Penurunan Berat Badan
- Turunkan berat badan anda ke tahap berat badan yang ideal.
- Penuruna berat Abadan yang sihat adalah diantara 0.5-1.0kg setiap hari
- Elakkan pengambilan makanan yang tinggi lemak seperti makanan bergoreng , makanan bersantan dan makanan segera
- Kurangkan mengambil gula ringkas seperti gula putih, susu pekat manis,kuih-muih dan biskut manis, sirap dan minuman ringan yang lain
- Kawal pengambilan karbohidrat kompleks seperti nasi,roti,mee,bihun,capati,tosei,makanan berasaskan tepung
- Lakukan senaman tetap minimum 3-5v kali seminggu iaitu 30-45 minit setiap sesi.