FRESH & JUICY FOR BREAKFAST!

SARAPAN SIHAT

Minum jus buah-buahan segar yang dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat sedikit kalsium.

ATAU

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda!

6 TIP MUDAH MINUM AIR DENGAN BANYAK

Makan buah-buahan yang mengandungi banyak air

Makanlah buah-buahan yang ada banyak air seperti buah tembikai (92% mengandungi air mengikut berat) dan tomato (95% mengandungi air). Untuk lebih sedap, anda boleh blender (kisar) buah tembikai segar dengan sedikit ais dan tambah beberapa helai daun pudina (jika anda suka) untuk lebih segar dan berkhasiat.

Tambahkan sehiris limau atau timun

Anda akan minum lebih banyak air sekiranya rasanya lebih sedap. Macammana nak tambahkan kesedapan air? Mudah saja. Caranya ialah dengan menambahkan sehiris limau nipis (lemon) atau timun. Atau, jika anda lebih suka minum air yang sejuk, simpan 1 jag air dalam peti ais. Minumlah air sejuk itu sebanyak mungkin. Orang kata, minum air sejuk kurang bagus. Tapi sebenarnya ia TAK BENAR. Yang tak bagus ialah air yang ada AIS. Air sejuk dalam peti sejuk, tak ada masalah.

Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.

Semangkuk bijirin sarapan pagi yg dicampur dengan susu segar mrpakan sajian sarapan sangat berkhasiat dan amat mudah untuk disediakan.

Sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan baik.

Ambil nasi, bijirin dan sayur-sayuran dalam menu harian anda. Walaupun ia tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak terutamanya nasi, namun anda masih memerlukannya untuk tenaga tubuh. Jika anda tidak mahu makan nasi, gantikan ia dengan roti mahupun mi dan pasta.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s