Posted in health, receipe, resepi

IKAN KOD KUKUS BERSAMA SOS SOYA HALIA

MENU SIHAT HARI INI!


Bahan-bahan :

200gm filet ikan kod
1 sudu besar minyak bijan

Sos :

100ml kicap soya
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh sos tiram

Cara Membuat :

Gaulkan ikan dengan minyak bijan, letak atas dulang dan kukus selama 5-8 minit. Kemudian, dalam periuk lain, campurkan kesemua bahan sos. Masak sehingga mendidih. tambahkan sedikit air. Akhir sekali, tuang di atas ikan kod kukus dan hiaskan sebelum dicincang.

FAKTOR & RISIKO BATU KARANG ADALAH SEPRTI DIBAWAH:

PEMAKANAN
Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

KESAN SAMPINGAN UBAT
Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

PENYAKIT TERTENTU
Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

JANTINA
Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

UMUR
Kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

SEJARAH KELUARGA ATAU SENDIRI
Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

KURANG AIR
Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

Advertisements

Author:

kembara mencari keampunan....

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s