Posted in receipe, resepi

Resepi apple crumble

Bgn pagi teringin apple crumble…nah belanja gambar dulu.

image

image

image

image

Ni resepi yg aku guna:
Untuk inti
1. Granny smith apple 4 biji/apple hijau
2. Seinci kulit kayu manis
3. 1/2 cawan brown sugar
4.  Sedikit air

Untuk crumble:
1. 1 1/2 cawan Tepung naik sendiri
2. 100g butter
3. 4  keping biskut hi fibre (optional)

Cara:
1. Potong  dadu apple dan asingkan secawan
2. Campurkan apple yg di potonng dadu + kulit kayu mnis + gula + air dan masak dengan api sederhana
3. Bila apple agak leembut maasukkan balance secawan apple ygg diasinng tadi. Bila  dah agak masak tutup api.

4. Tepung naaik sendiri di campur dengan butter dan biskut dan digaul sampai jadi sperti serbuk roti
5. Sapu bekas utk mmbakarr dengan butter sket dan ratakan sket dengan crumble
6. Ratakan dengan inti yg dimasak tadi..jgn lupa kuarkan kulit kayu manis lepas inti dah masak.
7. Topping kan dengan crumble kat bahagian atas. Buat sampai abis..
8. Panaskan oven 10 min..then boleh bakar dengan temperature 190° selama 20 minit.
9. Siap boleh hidang!

Advertisements
Posted in receipe, resepi

Resepi ayam/udang masak nyok!

image

Bahan:
1. Nyok muda yang dimesin putih sebiji
2. Cabai melaka ikut suka pedas mana tapi jgn sket sgt utk rasa kan dengan nyok nanti. Sy guna 15 biji
3. Kunyit hidup/ serbuk
4. Daun kunyit
5. Serai diketuk
6. Asam keping
7. Bawang besar
8. Garam secukup rasa
9. Ayam sebelah dalam 1kg camtu

Cara:
1. Blend cabai melaka + bawang besar + kunyit hidup + nyok mesin
2. Jika guna ayam..masak ayam dulu utk buang air dr ayam baru masukkan bahan kisar. Jika guna udang masak bahan kisar dulu dah hampir masak baru masukkan udang.
3. Masukkan serai yng diketuk dan daun ku. Jgn masak terlalu lama nanti nyok x sedap rasa. Udang gunakan yng besar..yg kecik nanti kecut2 pulak.

Posted in receipe, resepi

weekend project!

ohoi!

This coming weekend plan nak buat stock frozen food untuk bento faqeh pegi school nanti. Since inspired by mak2 terhebat yang DIY homemade nugget dan sosej serta langkah penjimatan untuk membeli di kedai…maka haruslah aku buat stock frozen food ini. Jadi ke tak tgk la nanti..uhhu

* dah jadi mak2 ni blog pun pasal masak dan makan saja :))

Posted in receipe, resepi

Cookies first time

image

Kalau nak tau ni la first time aku buat cookies sendiri…kiranya ni project tertunda since last few years aku nak try….aku ni boleh masuk kategori buta tepung.. Nak buat baking ni serba takut sbb x kenal tepung..haha so aku godek resepi yg paling simple yg ada di alam maya ni dan resepi ni aku olah pulak sendiri sbb ada bahan yg x cukup..kkeeke

Bahan2
1. Tepung kek naik sendiri kotak warna pink putih camtu 2 1/2 cawan
2. 1/2 cawan gula perang
3. Buttercup 250g
4. Telur sebiji..ada resepi yg guna 4 biji kuning telur
5. Serbuk koko 1/2  cawan..yg ni guna sket pun xpa…byk sgt nanti cookies jadi hitam legam cam yg aku buat..huhu…so bole kurangkan sukatan
6. Serbuk penaik..aku letak satu sudu walaupun tepung tu dah boleh naik sendiri
7. Sesudu esen vanilla
8. Choc chips beli di kedai bahan kek
9. Hazelnut yg dah dipotong kecik2 tu pun ble beli di kedai bahan kek

Cara2
1. Pukul buttercup + gula perang sampai kembang..
2. x sempat kembang infact aku dah taruk telur + esen vanilla then baru aku pukul sampai kembang atau sebati
3. Then aku ayak tepung kek + serbuk koko masuk dalam cara ke2 tadi ni
4. Lepas tu pukul lagi ..tgk sama adunan jgn smpai keras sgt atau lembik sgt..then masukkan kacang hazelnut + choc chips
5. Guna sudu kecil utk jadikan bulat2 kecil n letak atas loyang atau tray..boleh la letak minyak sket atas tray supaya x melekat
6. Panaskan oven 150 darjah for 10 mins then boleh bakar cookies 10 mins bagi temperature yg sama..

First trial cookies aku hangit sbb ku letak 150 darjah for 15 mins..kkakaka

Posted in receipe, resepi

Resepi nasi goreng kangkung

Salammmmm..
Burppp.alhamdulillah baru sudah dinner nasi goreng kangkung.. Tu ja yg paling cepat aku nak masak dlm tmpoh saat2 sebelum pukul 10 mlm sbb esok pagi aku kena buat bsp..so by 10 pm mlm ni aku ken posa sampai sok pagi..

Dlm peti ada kangkung..since boring asyik goreng kangkung so harini ku buat nasi goreng kangkung..sorry gambar x sempat nak snap dah masuk perut kami berempat..ahaks ahaks ahaks

So ni resepi nasi goreng kngkung harini yek..
Bahan2:
1. Kangkung ikut la korang nk buh byk mana
2. Bawang merah 3 ulas
3. Bawang putih
4. Cabai melaka i x bubuh sbb faqeh mkn mau nganga pedas..so cabai melaka n cabai hidup tu potong asing taruk sos cili..
5. Nasi panas yg baru di masak atau nasi smlm yg x abis pun okay…jgn bazir nasi biar keras jadi kerak dlm peti.
6. Udang sket ikut bapa org nak mkn
7. Ayam sket potong nipis tapi besar2 sket
8. Fishball 3 ketul yg dipotong 4
9. Timun sebagai ulam.nyam nyam

Cara:
1. Tumis bawang merah + putih sampai naik bau
2. Masukkan ayam + udang + fishball n goreng sampai agak masak..agak2 la jgn sampai hangus sudah..haaha
3. Masukkan telur ayam…biar sampai masak sket dan goreng then masukkan garam + lada sulah sket + perasa kalau mau
4. Buh nasi dan gaul2..last skali baru letak kangkung ye..then masak skejap jgn smpai layu..tutup api n hidangkan panas2..
5. Mkn dengan ulam timun + cabai melaka hidup letak sos!

Mau terangkat okay! Selamat mencuba

Posted in receipe, resepi, rumah tuk

sup tulang versi tukwan

aih..pening2..merata dah cari kat mana dah aku letak di alam maya ni resepi sup tulang version tukwan punya.. tak jumpa2 sampai la ni..tapi cam ingat2 lupa dulu ni tukwan buat cam kat bawah ni..kena balik try and error.

1. ketuk bawang putih
2. potong bawang kepada 4
3. halia tumbuk
4. x ingat lengkuas buh ka dak
5. serai pun x pasti buh ke tak..adoi
6. garam letak last sekali masa daging dah empuk.

cara2:
1. rebus air sampai mendidih.
2. campak bawang putih, bawang merah, halia tumbuk, dan bahan 4 dan 5 dan 6.
3. campak masuk tulang, rebus sampai empuk. nak tau daging empuk ka dak boleh tgk daging dah terkeluaq dr tulang ha.
4. letak perasa kohilal sket dan garam last bila dah nak masak.

senang gila dan sedap jugak gila tapi resepi aku dah x tau mana letak..try saja la resepi ingat2 lupa ni,…humm.

Posted in receipe, resepi

harini gue mo masak bubur jagung

Ingredients

1) Jagung (4 biji)
2) Santan cair (3 cawan)
3) Daun pandan (2 helai)
4) Gula (1/2 cawan)
5) Garam (sedikit)
Directions

Cara membuatnya, parut jagung dan kemudian kikis.

Setelah itu, masukkan ke dalam periuk, diikuti dengan santan, air, garam, gula dan akhir sekali daun pandan.

Panaskan periuk dan didihkan hingga masak. Bubur jagung sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
heee

Posted in receipe, resepi

homemade mee bandung

bahan2
1. mee kuning
2. udang..ayam
3. leftover soup
4. cilibo
5. sos cili
6. cuka..limau nipis
7. sayur mayur
8. ba2ang putih 1 biji ditumbuk
9. bawang merah
10. telor ayam

cara2
1. tumis bawang putih yg ditumbuk bersama bawang merah sampai naik bau
2. masukkan cilibo agak2 2 sudu mkn
3. masukkan jugak sos cili agak2 kuah jadi merah.
4. masukkan segala bahan yg nak di masukkan cam ayam ka udang ka
5. masukan serbuk pati ayam dan garam dan kuah sup
5. bila dah mendidih menggelegak ble la buh telur jgn pecahkan merah telur..
6. masukkan mee dan skit cuka atau limau nipis
7. sedia dihidangkan.

Posted in health, receipe, resepi

home made sushi

Assalam..husband kena os kat sp for 3 days…on friday kami balik as..ada pulak sil yang tgh bercuti teringin nak buat sushi tapi tak terbuat berminggu2 dah…so alang2 aku pegi beli barang kat pacific..aku grab skali seaweed..balik tu ajak sil n mil buat sushi..xyah beli di tesco dah…

image
bahan2 sushi

image

sushi mat tak bawak ada di perlis…so what we do is replace using hard paper..huhu..:p

image

tada…our sushi is topping with sambal sotong and minced fried chicken…dont forget the cucumber..heehe

image
nyummehhhh!

image
my mil punya master piece..hehe

image
close up…

image
nom nom nom

image
here is for abg…bento kura2..tapi jun dah mkn la..heee

image
last but not least is mil posing with her sushi bento
image
and my sil with the sushi..:)

image
elok2 je usai buat sushi…faqeh pun terjaga dr tido..

Posted in health, receipe, resepi

ayam teriyaki

oh..harini masak ayam teriyaki dan panggang atas grill yang baru dibeli..hikhik..

image

cara nak buat mudah ja..perap ayam dgn bhn2 ni
1. halia dikisar
2.bawang putih n red onion also dikisar
3. madu
4.garam n gula
5.kicap n sos
6. minyak zaitun

perap 4 few hours…then grill..jugak boleh gunakan bijan utk hiasan..hehe

image