Away

Assalamualaikum..

I’ll be off from blogging or any online updates for a week since i need to attend a meeting in Flamingo,KL. To all my students DO NOT BE SO “YEAY” when i’m not around. FINISH UP YOUR SKETCHES DEVELEPMONT (DDS2) . THE DATELINE IS ON MONDAY (Next Week). NO COMPROMISE AND NO EXCUSE WILL BE ACCEPTED FOR LATE SUBMISSION.

See ya guys!!! =D

Travelling: Kampung Seberang Alur,Kuala Perlis,Malaysia

Assalamualaikum..

Click here for more pictures

Syukur.Dengan izin Allah dapat jugak aku dan Sullia bawa bebudak kelas DDV1 ngn DDS1 gi photo Trip.Personally pada aku pegi trip sangatlah best, pertamanya sebab kita boleh tengok tempat orang,terbuka minda kita tentang apa yang berlaku keliling kita, belajar tentang susah dan senang kehidupan orang lain.Yang senang kita amik jadikan contoh untuk kita berjaya, yang susah kita amik jadi satu tarbiyah untuk kita selalu bersyukur pada Allah. Moga tidak kita rasa diri kita sahaja yang ada di atas2 dari orang lain, supaya kita rasa kita semua sebenarnya sama tidak ada yang beza-beza untuk kita sombong-sombong dengan apa yang kita ada. Jugak bila kita berjalan ke tempat orang, dapat tak banyak sedikit kita mengambil tahu dan membantu apa yang mampu pada yang memerlu.

Jalan-jalan kampung nelayan memang favourite aku, sebab aku suka laut. Rasa alive.. tengok rutin orang lain bagi satu feel yang susah nak explain. Tapi satu perkara yang penting jangan kita pandang rendah pada pekerjaan orang lain yang zahiriahnya tidak punya apa-apa di mata kasar manusia lain kerana mereka kaya semangat yang tidak ada pada semua orang. Semangat untuk hidup dan untuk mencari rezeki yang ada berkat Tuhan untuk keluarga. Jangan kita pandang hina pada orang yang zahiriah nya tidak ada apa-apa kerana sesungguhnya rezeki yang datang dan pergi adalah hak hakiki dari Tuhan.

Moga tidak kita membangga diri.Moga slalu kita syukuri.Pada sume anak-anak didik aku,jadikan photography sebagai satu medium untuk kita cerita tentang susah senang hidup orang lain supaya kita dapat kongsi dan amik pengajaran, ambil gambar tentang alam cantik yang Tuhan cipta ini untuk kita sentiasa menginsafi diri. Jadikan ini satu medium untuk kita sentiasa menjaga jati diri kita. Semoga ada yang baik dapat kita pelajari….;)

…………………………………….

Firman Allah SWT:

“ Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku (Allah), maka jawablah bahawasanya Aku adalah dekat, Aku kabulkan permohonan mereka yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendklah mereka memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu dalam kebenaran.

(al-Baqarah : ayat 186)

nota: Mohon dia kembali….